Pemimpin ASEAN Merancang Lawat Myanmar

2021-05-11 11:25:26  CRI
Share with:

Menurut laporan media Myanmar, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei Darussalam, negara pengerusi bergilir ASEAN dan Ketua Setiausaha ASEAN merancang melawat Myanmar selepas Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan Mei ini.

Sidang kemuncak khas ASEAN bagi isu Myanmar telah diadakan di Jakarta, Indonesia pada 24 April lalu, dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Negara Myanmar Min Aung Hlaing. Dalam kenyataan selepas sidang tersebut, pemimpin ASEAN telah mencapai lima konsensus melibatkan situasi Myanmar, iaitu pelbagai pihak Myanmar perlu segera menghentikan tindakan kekerasan dan mengawal diri sedapat mungkin serta memulakan dialog yang bersifat membina, ASEAN akan melantik utusan khas bagi isu Myanmar untuk mendorong proses dialog serta menghulurkan bantuan kemanusiaan, dan utusan khas serta delegasi ASEAN patut melawat ke Myanmar.

张宪