Barang Bantuan China Lagi Tiba di Laos

2021-05-11 13:47:19  CRI
Share with:

Barang Bantuan China Lagi Tiba di Laos_fororder_微信图片_20210511110035

Barang-barang bantuan kerajaan China untuk menyokong kerajaan Laos melawan wabak COVID-19 yang termasuk ventilator, sut pelindung dan pelitup mulut telah tiba di Laprangan Terbang Antarabangsa Wattay Vientiane, Laos semalam, dengan dijemput Timbalan Perdana Menteri Laos, Kikeo Khaykhamphithoune dan Duta Besar China, Jiang Zaidong. Kikeo Khaykhamphithoune turut menyampaikan surat Perdana Menteri Laos, Phankham Viphavanh kepada Jiang Zaidong untuk mengucapkan terima kasih atas bantuan kerajaan China.

Kes wabak COVID-19 yang pertama yang dikesan di Laos pada bulan April lalu, menandakan bermulanya penularan wabak di negara itu. Setakat semalam, jumlah kes wabak COVID-19 yang dilaporkan di Laos telah meningkat ke 1,327 dari 51 sebelum Pesta Songkran.

Sejak wabak COVID-19 melanda Laos, kerajaan China telah berkali-kali menghulurkan bantuan barangan yang melibatkan reagen ujian asid nukleik, ventilator, pelitup mulut dan sut pelindung.

曹捷