Pasaran Penggunaan China, Peluang Dikongsi Sedunia

2021-05-12 15:36:33  CRI
Share with:

Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) pertama melabuh tirainya di bandar Haikou, provinsi Hainan Isnin lalu setelah berlangsung selama empat hari,  diserikan dengan penglibatan 1,505 buah syarikat, 2,628 jenama mewah dari 70 buah negara dan kawasan, dan 240 ribu pengunjung.

Di sebalik penularan wabak COVID-19 pada tahun 2020, perbelanjaan penggunaan orang China menempati 54.3% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). China mempunyai penggerak yang kuat yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi domestik seperti populasi seramai lebih 1.4 bilion, golongan berpendapatan sederhana yang melebihi 400 juta dan KDNK perkapita melebihi USD10 ribu (RM41,235). Kadar peningkatan purata penggunaan penduduk China akan mencapai 7.9% setiap tahun untuk tempoh sedekad akan datang, iaitu taraf paling tinggi di dunia. CICPE adalah platform baharu yang dibina untuk memenuhi hasrat rakyat China untuk mengejari impian menjalani kehidupan yang lebih bahagia sekali gus menawarkan lebih banyak sokongan kepada pembangunan ekonomi. 

Menurut data berkenaan bahawa antara sebanyak 2,628 jenama yang menampil dalam ekspo kali ini, jenama antarabangsa menempati 51.9%. Bagi syarikat produk pengguna sejagat, kuasa beli pengguna China sentiasa menghasilkan dividen. Pada bulan April lalu, laporan kewangan syarikat Apple menunjukkan bahawa dalam tiga bulan pertama tahun ini, pendapatan di seluruh wilayah China termasuk Hong Kong dan Taiwan meningkat 87% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Manakala, Starbucks memaklumkan bahawa jumlah jualan yang diwujudkan oleh setiap kedai tunggal di pasaran China meningkat 91% pada suku tahun pertama tahun ini.

Yang lebih penting adalah China sedang menumpukan tenaganya untuk meningkatkan tahap keterbukaan kepada luar. Hakikatnya, Hainan sebagai tempat penganjuran CICPE sedang berusaha membangunkan pelabuhan perdagangan bebas yang selaras dengan piawaian antarabangsa. Pasaran China telah menjadi destinasi pelaburan yang tidak boleh dilengahkan oleh syarikat produk pengguna sejagat.

曹捷