Telefon bimbit jenama China semakin popular di Asia Tenggara dengan menduduki lebih 50 peratus jumlah jualannya di pasaran seperti Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Di Malaysia, jenama telefon seperti Huawei, Oppo, Vivo dan Xiaomi yang mempunyai kelebihan masing-masing tidak asing lagi kedudukannya di serata kedai pusat beli-belah terkenal.
Penulis di laman Lowyat.net, Ian Chee berkata, Huawei secara jelas merupakan produk unggul dalam kelas tinggi.
Namun katanya, jenama telefon bimbit China berprestasi lebih baik adalah jenama yang berada dalam kelas sederhana dan biasa.
Dalam tempoh setahun lalu, Huawei menduduki nombor kedua dalam pasaran selepas Apple dan diikuti dengan Samsung.
Tambah Chee, kini semakin banyak felefon bimbit jenama China mempunyai teknologi yang maju contohnya kamera.
Jelasnya, dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI), Huawei sememangnya lebih maju.
Selain itu, Chee berkata terdapat banyak pengguna mencari telefon yang dilengkapi kamera baik dan mempunyai edisi Bahasa Mandarin yang difahamkan dapat memenuhi keperluan mereka.
Dalam pada itu, semua konfigurasi yang ditingkatkan dalam telefon bimbit dikatakan telah mengubah persepsi awam tentang tag "Buatan China".
Pemilik sebuah kedai Huawei, Vincent Liew berpendapat bahawa teknologi China semakin canggih.
Menurut beliau, berbanding dengan jenama Jepun dan Amerika Syarikat (AS), telefon pintar China adalah jauh lebih murah dengan teknologi yang lebih baik.
Jenama telefon China bukan hanya bersaing dengan Apple dan Samsung, malah turut bersaing sesama sendiri.
Namun begitu, persaingan yang sengit seperti itu memberikan manfaat kepada pengguna yang mempunyai pilihan yang lebih banyak, nilai lebih tinggi dan teknologi lebih maju.