China dan Malaysia Rancakkan Kerjasama Vaksin

2021-05-13 13:21:30  CRI
Share with:

China dan Malaysia Rancakkan Kerjasama Vaksin_fororder_微信图片_20210513111434

Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Khairy Jamaluddin telah mengadakan pertemuan melalui video untuk bertukar-tukar pendapat mengenai peningkatan kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi serta vaksin.

Ouyang Yujing menyatakan bahawa China bersedia meningkatkan kerjasama pragmatik dalam sumber alternatif, ekonomi digital, kesihatan awam dan penyelidikan dan pengeluaran vaksin, kecerdasan buatan dan pertanian moden di samping merancakkan kerjasama komunikasi satelit, pandu arah dan kawalan jauh yang berdasarkan sistem navigasi Beidou. Serentak itu, China bersedia terus mengintensifkan kerjasama vaksin dan membantu Malaysia dalam usaha melawan wabak COVID-19.

Khairy pula mengucapkan terima kasih kepada kerajaan China atas sokongan dan bantuan kepada Malaysia dalam melawan wabak COVID-19 dan kerjasama vaksin. Beliau menyatakan bahawa China adalah rakan kerjasama yang handal bagi Malaysia, pihaknya bersedia meningkatkan kerjasama sains dan teknologi yang melibatkan pelbagai bidang dengan China serta mengalu-alukan pelaburan syarikat China di negaranya.

曹捷