Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih

2021-05-13 11:01:57  CRI
Share with:

Pasaran Penggunaan China, Peluang Dikongsi Sedunia

“Ini bukan cadangan yang berkesan bagi meredakan wabak COVID-19 pada masa ini, walaupun ia nampaknya amat menarik yang dapat cepat mencuri perhatian para pengundi.” Baru-baru ini, Washington Post membuat ulasan sedemikian dalam satu rencananya mengenai sokongan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengecualikan dakwaan terhadap perlindungan hak harta intelek  vaksin COVID-19. Ramai penganalisis antarabangsa menyatakan bahawa manifestasi AS tersebut susah dilaksanakan dalam tindakan yang benar-benar, dan hanya merupakan hiburan diri dalam ilusi sahaja.   

Pengecualian dakwaan terhadap perlindungan hak harta intelek vaksin COVID-19 memerlukan persepakatan bertulis melalui rundingan dengan 164 buah anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Bagaimana rundingan yang dijangka akan berlarutan dapat menyelesaikan masalah yang mendesak dalam melawan wabak?  Baru-baru ini, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menyatakan bahawa tugas yang mendesak bagi dunia adalah memastikan pembekalan vaksin yang mencukupi dan pengagihannya secara adil, dan bukannya masalah mengenai pengecualian dakwaan terhadap perlindungan hak harta intelek terbabit. Kenyataan ini telah menunjukkan manifestasi kerajaan AS tersebut hanya ilusi mat jenin.

Krisis vaksin sejagat bukan diakibatkan masalah paten, tetapi masalah 'nasionalisme vaksin'. Kerajaan AS menggunakan Undang-Undang Pengeluaran Pertahanan Nasional untuk menetapkan bahawa pengeluar vaksin mesti terlebih dahulu memberi keutamaan dalam pelaksanaan kontrak domestik. Vaksin hasilan AS hampir 100% dibekalkan kepada negaranya sendiri, menyebabkan negara kaya menyimpan vaksin yang terlalu banyak manakala negara yang miskin kekurangan sumber bekalan. Yang lebih buruk lagi, AS sentiasa menghalang pengeksportan pelbagai jenis bahan mentah untuk kegunaan pengilangan vaksin, terus merintang kerjasama global dalam melawan wabak.

Dunia ini nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Setakat ini, China sudah berturut-turut memberikan bantuan vaksin kepada lebih 80 buah negara membangun dan mengeksport vaksin kepada lebih 50 buah negara. Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan vaksin COVID-19 keluaran Sinopharm China untuk kegunaan kecemasan. Ini menandakan bermulanya perkhidmatan vaksin buatan China di seluruh dunia.  

Pada masa ini, masih terdapat beberapa negara berada dalam keadaan luar kawalan memandangkan penularan COVID-19 tetap berleluasa di negaranya. Perjuangan sejagat dalam melawan wabak tidak boleh hanya berbual-bual sahaja. Politikus AS yang asyik menghiburkan diri dalam ilusi, diharap agar memberikan bantuan kepada negara yang berada dalam keadaan kritikal dengan mengambil tindakan kondusif seperti membatalkan sekatan terhadap pengeksportan vaksin.

曹捷