Kem Anti-China Hadapi Sikap Dingin di PBB

2021-05-14 14:28:53  CRI
Share with:

Amerika Syarikat(AS), Britian dan Jerman bersubahat dengan beberapa negara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan sesi sampingan mengenai keadaan hak asasi manusia di Xinjiang dengan menggunakan sumber dan platform Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) baru-baru ini, dan sekali lagi cuba melabelkan China sebagai negara yang melakukan apa yang disebut "genosid" dan "kerja paksa". Namun, tindakan tersebut turut menghadapi sikap dingin kebanyakan anggota PBB lain.

Diketahui umum, isu Xinjiang sama sekali bukan soal hak asasi manusia yang diuar-uarkan oleh kem Barat, tetapi perjuangan menentang keganasan dan de-ekstremisme.

Menyentuh tentang hak asasi manusia, marilah kita melihat statistik berkenaan di China: kes jangkitan COVID-19 mencatat 980, kes sembuh 977, dan jumlah kematian adalah 3 orang di Xinjiang yang didiami 25 juta penduduk. Manakala, jumlah kes jangkitan dan kematian di AS mencatat 600 ribu, di Britain mencatat 120 ribu , dan Jerman 80 ribu. Negara-negara yang  menjamin hak hidup rakyat sendiri pun tidak mampu, mana layak beraga mengkritik keadaan hak asasi di Xinjiang China? 

Segelintir negara dari kem Barat  tidak dapat mewakili PBB dan masyarakat antarabangsa.

Dalam sesi ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang diadakan pada tahun ini, perwakilan dari lebih 80 negara termasuk Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mengeluarkan suara untuk menyokong pendirian China dalam isu Xinjiang. Negara-negara Asia Tengah juga menyuarakan sokongan kepada China yang bertindak memelihara kepentingan sendiri dan menentang campur tangan luar semasa pertemuan menteri luar "China+5 Negara Asia Tengah" yang diadakan baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, sejumlah artikel yang mengiktiraf hasil yang dicapai Xinjiang dalam usaha menentang keganasan, dan membongkar tipu muslihat geopolitik negara-negara Barat termasuk AS yang bertujuan menggunakan isu Xinjiang untuk menyekat China, berturut-turut diterbitkan oleh sejumlah agensi media di Australia, Brazil, Singapura dan Sweden sejak akhir-akhir ini. Yayasan Transnasional untuk Penyelidikan Keamanan dan Masa Depan (TFF) yang berpangkalan di Sweden dan laman web AS bebas  "Counterpunch" masing-masing menunjukkan dakwaan berhubung "terwujudnya genosid dan kerja paksa" di Xinjiang sebenarnya tidak mempunyai sebarang bukti.

Tindakan beberapa negara-negara Barat mereka-reka khabar angin politik dan mengambil tindakan yang memutarbelitkan fakta ternyata menemui jalan buntu di PBB. Jagalah asas moral dan kredibiliti, mereka yang asyik berjudi di persada politik antarabangsa.

曹捷