Guangxi Buka Laluan Pengangkutan Hasil Pertanian China, Vietnam, Laos

2021-05-14 14:38:39  CRI
Share with:

Kereta api kargo X9101 yang membawa baja sebatian bertolak dari pelabuhan kereta api antarabangsa di sini pada pagi Khamis.

Kereta api tersebut akan keluar sempadan China dari pelabuhan Pingxiang, dan sampai ke Vietnam. Selepas itu, baja sebatian itu akan dihantar menggunakan kereta ke destinasi di Laos.

Ini kereta api kargo pertama yang membawa hasil pertanian rentas sempadan  China-Vietnam-Laos, sekali gus membuka laluan pengangkutan jarak panjang baharu yang menggunakan kereta api dan jalan raya.

Ia dipercayai akan memacu perkembangan perdagangan antara China dengan ASEAN.

Pada masa yang sama, Syarikat Sinotrans & CSC dan Kumpulan China Railway Nanning bekerjasama membuat pelan pengangkutan rentas sempadan China-Vietnam-Laos, menggabungkan pengangkutan jalan raya dan kereta api dan memudahkan proses pemeriksaan di kastam Pingxiang.

Difahamkan, panjangnya laluan pengangkutan itu mencatat 1,300 kilometer dengan masa perjalananan empat hari.

Berbanding pengangkutan sebelum ini, masa perjalanannya berkuang 10 hari dan kapasiti pengangikutan meningkat sebanyak 50 peratus.

胡星