Apa Sebabnya Penanaman Modal Asing di China Tambah Pesat?

2021-05-15 13:42:35  CRI
Share with:

Apa Sebabnya Penanaman Modal Asing di China Tambah Pesat?_fororder_微信图片_20210515150221

“Modal asing yang ditarik China sedang bertambah secara berterusan dengan kelajuan yang pecah rekod.” Demikian dikatakan dalam satu rencana yang diterbitkan RIA Novosti (Agensi Berita Antarabangsa Rusia) baru-baru ini. Menurut data terkini yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan China kelmarin, jumlah syarikat asing yang baru ditubuhkan di negara ini meningkat 50.2% dengan mencatat 14,533 buah dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, meningkat 11.5% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2019, manakala penggunaan modal asing dalam kontrak yang terlaksana meningkat 38.6% kepada RMB397 bilion(RM253.67 bilion) berbanding tempoh sama tahun lalu dan meningkat 30.1% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019.  

Apa Sebabnya Penanaman Modal Asing di China Tambah Pesat?_fororder_微信图片_20210515150227

Jika dilihat dari segi struktur modal asing, pelaburan terhadap industri teknologi tinggi meningkat 29.1%. Menurut data yang diumumkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi baru-baru ini, penanaman modal asing sejagat pada tahun 2020 telah menurun ke tahap yang paling rendah dalam tempoh 15 tahun lalu, manakala China telah mendahului Amerika Syarikat (AS) menjadi destinasi pelaburan pertama di dunia, sekali gus membuktikkan daya tarikan yang hebat milik pasaran China.

Daya tarikan milik pasaran China yang hebat itu berpunca dari rantai industri yang serba lengkap, daya inovatif dalam bidang sains dan teknologi, sistem logistik yang lancar lagi mudah dan sumber tenaga manusia yang melimpah.

Serentak itu, pasaran penggunaan yang melibatkan populasi sebanyak lebih 1.4 bilion orang menjadi penggerak yang paling penting bagi ekonomi China. Walaupun mengalami tamparan serius daripada wabak COVID-19 pada tahun 2020, hampir 60% syarikat asing di China tetap mewujudkan peningkatan pendapatan dan keuntungan atau mengekalkannya pada taraf yang sedia ada, menurut tinjauan daripada Kementerian Perdagangan China.

Apa Sebabnya Penanaman Modal Asing di China Tambah Pesat?_fororder_微信图片_20210515150233

Selain itu, kerajaan China secara berterusan memperluas akses pasaran, menambah dan membina platform buka pintu dan menyempurnakan sistem undang-undang modal asing supaya dapat menyediakan suasana perniagaan yang kondusif.

Dengan adanya langkah-langkah tersebut, syarikat asing penuh dengan keyakinan sepanjang penanaman modal di China . Naib Presiden General Electric Group AS di rantau China, Chen Rongsheng menyatakan, seiring dengan pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-14 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China, pihaknya akan mendapat peluang yang lebih besar dalam pasaran China dan kerjasama mereka dengan China akan menjadi semakin intensif.  

曹捷