Rundingan Pegawai Kanan China-ASEAN ke-27 Bakal Diadakan Melalui Video

2021-05-15 13:19:32  CRI
Share with:

Rundingan pegawai kanan China-ASEAN ke-27 akan diadakan melalui video pada 18 Mei, dengan dipengerusikan bersama oleh penolong Menteri Luar China, Wu Jianghao dan Naib Menteri Luar Filipina, Elizabeth. Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying telah mengumumkan berita ini dalam sidang media semalam.

Hua menyatakan bahawa rundingan pegawai kanan China-ASEAN adalah mekanisme rundingan tahunan yang penting antara dilpomat kanan dari China dan sepuluh negara ASEAN yang bertugas menangani hal ehwal ASEAN. Tahun ini ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN, yang mempunyai erti penting bagi perkembangan hubungan dua hala.

Menurut Hua, dalam rundingan kali ini kedua-dua pinak akan mengimbas kembali perkembangan hubungan dua hala pada 30 tahun lalu dan menjalankan komunikasi mengenai siri aktiviti peringatan yang bakal diadakan serta bertukar-tukar pendapat mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi tumpuan bersama.

曹捷