Perbincangan Myanmar-ASEAN Bakal Diadakan

2021-05-16 14:15:43  CRI
Share with:

Kementerian Luar Myanmar akan mengadakan perbincangan dengan pegawai ASEAN pada masa seminggu akan datang, untuk mendorong pelaksanaan lima kata sepakat yang tercapai dalam sidang khas pemimpin ASEAN yang diadakan 24 April  lalu.

Demikian dimaklumkan Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Negara yang juga Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Myanmar, Zaw Min Tun dalam sidang akhbar di Naypyidaw, ibu kota negara itu semalam.

Ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar, jurucakap Jawatankuasa Pilihan Raya Bersekutuan Myanmar menyatakan, pihaknya akan mengadakan sidang penyelarasan parti politik kebangsaan kedua pada 21 Mei akan datang di Naypyidaw, dan telah mengemukakan jemputan kepada bekas parti pemerintah, iaitu Liga Domokrasi Nasional (NLD).

张宪