Pendaratan Prob China di Marikh Bangkitkan Keghairahan Dunia

2021-05-17 14:47:26  CRI
Share with:

Pendaratan Prob China di Marikh Bangkitkan Keghairahan Dunia_fororder_微信图片_20210517145042

Prob penyelidikan China, Tianwen-1 bagi misi eksplorasi ke Marikh berjaya mendarat di permukaan planet itu pada Sabtu lalu.

Lantaran itu, protal majalah Scientific American segera menyiarkan ulasan yang menyebut "pendaratan di Marikh merupakan kejayaan kemuncak terbaharu China dalam rancangan angkasa lepasnya. Semangat perjuangan China terbukti."

Selain itu, portal CNN pula mengulas bahawa China menjadi negara kedua yang mempunyai "kenderaan perayau" di planet merah itu.

Pendaratan Prob China di Marikh Bangkitkan Keghairahan Dunia_fororder_微信图片_20210517145050

Selepas prob penyelidikan Tianwen-1 membawa kenderaan perayau Zhurong berjaya mendatat di permukaan Marikh dengan tepat dan lancar, Jabatan Aeronautik dan Angkasa Negara Amerika Syarikat (NASA), Agensi Ruang Persekutuan Rusia (RKA), Agensi Ruang Angkasa Eropah dan jabatan-jabatan lain masing-masing menucapkan tahniah atas kejayaan China tersebut.

Di samping itu, media dari pelbagai negara juga tidak ketinggalan membuat laporan tentang kejayaan tersebut. Keghairahan seluruh dunia turut dibangkitkan.

Pendaratan prob Tianwen kali ini membuktikan China telah menguasai teknologi yang rumit tentang pendaratan di Marikh. Dalam misi kali ini, China telah berjaya menyelesaikan tiga langkah secara sekali, iaitu mengeliling, mendarat dan merayau di Marikh. Kejayaan tersebut bukan sahaja hasil penyelidikan sains dan teknologi China, tetapi juga amat bererti bagi seluruh dunia.

Misi eksplorasi Marikh China membina satu platform baharu bagi kerjasama antarabangsa. China telah mengadakan kerjasama dengan pertubuhan dan badan penerbangan angkasa lepas pelbagai negara dan kawasan dalam misi kali ini.

Tindakan China tersebut membuktikan bahawa kerjasama di ruang angkasa lepas sesuai dengan kepentingan bersama umat manusia.

徐国玮