Guterres Gesa Israel, Palestin Hentikan Tindakan Bermusuhan

2021-05-17 11:36:46  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Israel dan Palestin segera menghentikan tindakan bermusuhan.

Beliau membuat gesaan itu ketika berucap dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan mengenai konflik Palestin-Israel pada Ahad.

Beliau menyatakan bahawa konflik antara Israel dan Palestin ketika ini adalah yang paling buruk pada beberapa tahun lalu. Konflik ini mungkin akan menjatuhkan kawasan itu ke dalam lingkaran ganas.

Guterres menegaskan, kembali ke meja rundingan ialah satu-satunya jalan keluar. Hanyalah penyelesaian politik dicapai melalui rundingan, barulah dapat mewujudkan keamanan di rantau itu.

覃淼