Singapura Perketat Langkah Kawalan Tangani Varian COVID-19

2021-05-17 12:50:48  CRI
Share with:

Singapura Perketat Langkah Kawalan Tangani Varian COVID-19_fororder_tibet

Kementerian Pendidikan Singapura akan memperketat langkah kawalan bagi menangani varian COVID-19 India kerana kanak-kanak dikenali golongan yang berisiko lebih tinggi dengan varian berkenaan.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung pada Ahad.

Menurut laporan media tempatan baru-baru ini, kluster baharu ditemui di sebuah pusat tutorial yang melibatkan beberapa guru dan pelajar bawah umur. Tiada pesakit kritikal.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Singapura mengumumkan semua sekolah rendah dan menengah ditutup dari 19 hingga 28 Mei, dan pelajar akan belajar dari rumah.

Menurut Ong, syarikat Pfizer telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan tentang vaksinasi terhadap golongan yang berumur 12 tahun ke atas. Kerajaan akan meneliti permohonan itu dan membuat perancangan terperinci.

Kini, Singapura hanya membenarkan golongan yang berumur 16 tahun ke atas menerima suntikan vaksin Pfizer.

胡星