Singapura, Hong Kong Tangguhkan Gelembung Perjalanan Udara

2021-05-18 13:07:41  CRI
Share with:

Singapura dan Hong Kong memutuskan untuk menangguhkan pelancaran penerbangan Gelembung Perjalanan Udara (ATB) antara kedua-dua tempat yang sebelum ini dirancang bermula pada 26 Mei ini.

Ini berikutan situasi pandemik COVID-19 yang berubah-ubah semasa ini.   

Demikian diumumkan Kementerian Pengangkutan Singapura selepas menterinya, S. Iswaran berunding dengan Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, China Edward Yau pada Isnin.

Menurut kenyataan kementerian itu, Singapura dan wilayah Hong Kong tetap komited untuk melancarkan skim ATB itu dengan selamat, namun peningkatan kes baharu di Singapura baru-baru ini menjadikan ia tidak memenuhi kriteria bagi pelaksanaan skim berkenaan.

Kerajaan Singapura dan wilayah Hong Kong akan terus berkongsi statistik terkini mengenai situasi COVID-19 dan pelancaran semula penerbangan ATB dijangka akan diumumkan sebelum 13 Jun.

胡星