AS, Britain Hebatkan Sekatan Terhadap Myanmar

2021-05-18 15:38:35  CRI
Share with:

Jabatan Perbendeharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan untuk mengenakan sekatan terhadap Jawatankuasa Pentadbiran Negara Myanmar, 13 pegawai serta tiga anak kepada pegawai jawatankusa itu pada Isnin.

Pengarah Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) AS, Andrea Gacki berkata, sekatan itu dilaksanakan berdasarkan dekri No.14014 yang ditandatangani Presiden Biden pada 10 Februari, untuk membekukan aset terlibat berasaskan situasi di Myanmar.

Langkah tersebut bertujuan untuk memberikan tekanan kepada pihak tentera Myanmar.

Ini merupakan kali pertama AS mengenakan sekatan terhadap pertubuhan politik Myanmar sejak 1 Februari lalu.

Pada hari yang sama, Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab mengumumkan, negara itu akan mengenakan sekatan terhadap MGE, syarikat barang kemas Myanmar.

Menurut Raab, MGE merupakan perusahaan milik negara Myanmar dan kini di bawah kawalan pasukan tentera negara itu. Mengenakan sekatan terhadap syarikat itu akan dapat memutuskan sumber dana bagi pihak tentera.

徐国玮