Mengapa AS Disebut Nama Berhubung Konflik Palestin, Israel?

2021-05-18 13:12:10  CRI
Share with:

China selaku pengerusi bergilir Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi bulan ini, telah mempengerusikan mesyuarat tergempar mengenai konflik kekerasan antara Palestin dan Israel pada Ahad.

Kedua-dua pihak itu digesa segera menghentikan kekerasan, di samping itu, masyarakat antarabangsa sepatutnya mengambil tindakan sewajarnya, khususnya Amerika Syarikat (AS) perlu memikul tanggungjawabnya untuk mengambil pendirian adil dan saksama dalam menyokong peranan PBB untuk meredakan situasi, membina semula keyakinan dan menyelesaikan masalah melalui saluran politik.

Mengapa AS disebut nama dalam mesyuarat tersebut? Sebab konflik kekerasan yang paling buruk antara Palestin dan Israel sejak Perang Gaza pada tahun 2014 semasa ini, adalah akibat daripada dasar salah AS dalam isu Asia Barat.

Pemerintah AS terdahulu berat sebelah dalam isu Palestin dan Israel hingga menanam risiko bagi tercetusnya konflik kedua-dua pihak serta memburukkan situasi keselamatan di rantau Asia Barat.

Setelah tercetusnya konflik antara Palestin dan Israel, Washington tidak bertindak meredakan situasi, sebaliknya membiarkan tindakan kekerasan Isreal. Ini menjadikan pertentangan antara Palestin dengan Israel semakin meningkat.

Yang lebih buruk lagi adalah AS kerap kali menghalang Majlis Keselamatan PBB bersuara tatkala beratus nyawa hilang dalam konflik itu.

Masyarakat antarabangsa patut mengambil iktibar daripada konflik Palestin dan Israel kali ini, iaitu hanyalah penyelesaian secara menyeluruh, adil dan kekal, dapat mewujudkan keamanan dan keselamatan berkekalan di Asia Barat.

AS sepatutnya mengambil tindakan meredakan konflik yang memuncak mutakhir ini, menggalakkan proses rundingan damai, dan menyokong Majlis Keselamtan PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah ini.

覃淼