Dasar "Amerika Syarikat (AS) Diutamakan" versi Joe Biden sedang menyebabkan kesengsaraan di seluruh dunia. Dari nasionalisme vaksin hinggalah pelan rangsangan ekonomi yang tidak terbatas, kerajaan Biden kini memperhebat langkahnya untuk memperoleh keuntungan diri dengan menjejaskan kepentingan negara-negara lain.
Walaupun pemerintah Biden telah banyak kali menyatakan pembatalan dasar "AS diutamakan" yang dilaksanakan Donald Trump, namun langkah-langkah yang diambilnya dalam lebih 100 hari yang lalu jelas menunjukkan "cakap tidak serupa bikin".
Ketidakadilan dalam pengagihan vaksin sedang menghalang usaha membendung penularan COVID-19 di dunia, manakala kerajaan AS merupakan pendukung utama dalam nasionalisme vaksin. Berdasarkan statistik, AS telah membeli 2.6 bilion dos vaksin yang menduduki 1/4 daripada jumlah keseluruhan di dunia. Sedangkan jumlah itu jauh melebihi permintaan domestik dan kebanyakan vaksin tersimpan dalam stok.
Berdepan tekanan masyarakat antarabangsa, kerajaan Biden berjanji akan menambah bekalan 20 juta dos vaksin kepada negara lain. Namun langkahnya belum dilihat lagi.
Sementara itu, AS mengalihkan tekanan inflasi sendiri kepada negara-negara lain. Pelan rangsangan ekonomi negara itu telah mengakibatkan kenaikan harga komoditi utama di dunia, termasuk bahan makanan.
Hakikat membuktikan bahawa kerajaan Biden masih mengetuai AS di jalan yang salah, iaitu "AS diutamakan". Jika negara itu benar-benar ingin kembali ke keluarga antarabangsa seperti apa yang disebut oleh pemimpinnya pada Februari lepas, negara itu dinasihat membuang pemikiran sempit dan mengamalkan multilateralisme yang benar.