Berlakon sebagai 'pembela hak asasi manusia', di samping menuding jari kepada negara-negara lain, hinggalah menutup mata kepada situasi rakyat Palestin yang mengalami kesengsaraan akibat peperangan, malah menawarkan senjata bagi kegiatan pembunuhan. Inilah dwistandard yang diamalkan politikus Amerika Syarikat (AS). Tindakan ini menjadikan 'hak asasi manusia ala AS' hancur dengan penuh.
Menurut laporan Sputnik, konflik kekerasan antara Palestin dengan Israel baru-baru ini telah meragut 217 nyawa rakyat Palestin termasuk 63 kanak-kanak. Yang lebih mengerikan ialah sebuah pusat saringan COVID-19 di Gaza dimusnahkan dalam serangan udara oleh Israel. Ini bermakna rakyat Palestin akan menderita sengsara peperangan dan wabak pada masa yang sama.
Ketika rakyat Palestin menghadapi malapetaka kemanusiaan yang begitu serius, apa yang telah dilakukan kerajaan AS?
Di samping berat menyebelahi Israel dan mendakwa negara itu mempunyai 'hak pertahanan diri', Washington juga sebanyak tiga kali menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada meluluskan kenyataan bersama menyeru gencatan senjata dan penghentian kekerasan antara Palestin dengan Israel.
Menurut laporan Washington Post, kerajaan AS pada awal bulan ini memaklumkan kepada Capitol mengenai penjualan senjata berpandu ketepatan yang bernilai USD735 juta kepada Israel. Ini menunjukkan bahawa AS yang bertentangan dengan norma asas manusia meruncingkan lagi situasi di Asia Barat.
AS sudah membuat banyak dosa di Asia Barat. Operasi ketenteraan yang dilancarkannya di Afghanistan, Iraq dan Syria telah mengakibatkan lebih sejuta orang umat Islam maut. Namun pada masa yang sama, banyak politikus AS memberikan perhatian yang luar biasa terhadap status hak asasi manusia di wilayah Xinjiang, China.
Bekas kolonel tentera AS, Lawrence Wilkerson pernah mengakui secara terbuka bahawa apa yang disebut isu etnik Uygur sebenarnya adalah tipu muslihat pemerintah AS untuk mengacau ketenteraman China dan menyekat pembangunan negara ini.