Sesi Musim Bunga IFF 2021 Fokus Tadbir Urus Global

2021-05-20 14:14:35  CRI
Share with:

Sesi musim bunga Forum Kewangan Antarabangsa (IFF) 2021 dijadual diadakan secara maya di sini pada 29 hingga 30 Mei.

Bertemakan "Era Pasca Pandemik: Tadbir Urus Global dan Kerjasama Antarabangsa”, IFF tahun ini menumpukan kepada kewangan mampan serta kolaborasi global dalam membendung COVID-19 dan menangani perubahan iklim.

Menyentuh objektif sidang itu, Naib Pengarah Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Chen Jian'an berkata, dalam senario pandemik masih berleluasa dan pemulihan ekonomi dunia berdepan cabaran, sesi berkenaan satu tindakan praktikal bagi mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Malah katanya, ia juga menjadi wadah penting bagi meningkatkan rasa saling memahami dan saling mempercayai antara entiti ekonomi di dunia.

"Tema IFF tahun ini sekali lagi mencerminkan keprihatinan China terhadap pembaharuan sistem tadbir urus ekonomi global, serta tekadnya untuk memelihara dan mempraktikkan multilateralisme," ujar beliau.

Difahamkan, Laporan China IFF 2021 dan laporan tinjauan mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan disiarkan pada sesi tersebut.

Sesi musim bunga itu akan diserikan dengan kehadiran lebih 20 ketua institusi antarabangsa dan bekas pemimpin negara asing termasuk Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan Pengerusi Perikatan Global untuk Vaksin dan Imunisasi (GAVI), Jose Manuel Barroso.

周乔西