Hamas, Israel Capai Gencatan Senjata

2021-05-21 14:39:00  CRI
Share with:

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) pada malam Khamis mengumumkan bahawa pihaknya telah mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Israel.

Dalam pada itu, Jabatan Perdana Menteri Israel pula mengeluarkan kenyataan bahawa kabinet keselamatannya bersetuju untuk menerima perjanjian gencatan senjata.

Menurut perjanjian tersebut, Israel akan menghentikan serangan udara terhadap Genting Gaza. Namun menurut laporan media Israel, tentera Israel akan memulihkan semula operasi ketenteraan terhadap Gaza sekiranya Hamas melancarkan bom roket ke wilayah Israel.

Sementara itu, Hamas menyatakan, pihaknya akan melancarkan serangan roket yang lebih hebat jika pihak Israel tidak mematuhi perjanjian gencatan senjata berkenaan.

徐国玮