Brunei Tutup "Laluan Hijau" untuk Sementera Waktu

2021-05-21 13:20:32  CRI
Share with:

Brunei Tutup "Laluan Hijau" untuk Sementera Waktu_fororder_brunei

Brunei memutuskan untuk menutup "laluan hijau" demi manfaat bersama dengan Singapura buat sementara waktu bermula Khamis.

Keputusan itu diumumkan Jabatan Perdana Menteri Brunei melalui kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, semua pengunjung dari Singapura diwajibkan menjalankan kuarantin di hotel tertentu bermula pukul 7.00 petang Khamis dan tempoh kuarantin akan  ditentukan oleh Kementerian Kesihatan kemudian.

Kerajaan Brunei berkata, jabatan kesihatan akan membuat penilaian terhadap risiko jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa, sebelum membuat pengubahsuaian terhadap dasar berkaitan.

Singapura dan Brunei mencapai perjanjian tentang penubuhan "laluan hijau" demi manfaat bersama pada September 2020 agar menyediakan kemudahan kepada perjalanan kakitangan antara kedua-dua negara.

胡星