China Umum Kertas Putih Pembangunan di Tibet

2021-05-22 15:30:50  CRI
Share with:

Kerajaan China mengumumkan kertas putih mengenai kebebasan secara damai, pembangunan dan kemakmuran Tibet pada Jumaat.

Kertas putih itu memetik banyak maklumat dan data, menghuraikan kejayaan pembangunan wilayah itu dalam tempoh 70 tahun lalu sejak Tibet dibebaskan secara damai supaya membantu orang ramai mengetahui Tibet yang sebenar.

Tibet merupakan wilayah China sejak zaman dahulu kala. Namun wilayah itu mengalami pencerobohan negara-negara Barat pada zaman komtemporari. Penduduk di peringkat bawah sama sekali tidak menikmati hak asasi manusia.

Pada 23 Mei 1951, Tibet dibebaskan secara damai.

Pada tahun 1951, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di wilayah Tibet hanya mencatat RMB129 juta (RM75.8). Angka itu melebihi RMB190 bilion (RM111.7 bilion) pada tahun 2020. 

Di samping itu, jumlah pendapatan boleh guna per kapita penduduk di Tibet pada tahun 2020 meningkat sekali ganda berbanding dengan 2010. Jangka hayat purata penduduk Tibet pula meningkat daripada 35.5 tahun pada 1951 kepada 71.1 tahun pada 2019.

Pada masa yang sama, budaya tradisional yang cermerlang serta kebebasan beragama di Tibet dilindungi dan dikembangkan dengan baik. Bahasa Tibet menjadi bahasa etnik minoriti pertama di China yang mempunyai piawaian antarabangsa. Pada masa ini, terdapat lebih 1,700 tempat beribadat agama dan kira-kira 46 ribu orang sami di Tibet.

Menurut kertas putih itu lagi, sebelum Tibet dibebaskan pada 1953, 90 peratus penduduknya tidak mempunyai rumah sendiri dan kebanyakan mereka menghadapi kebuluran.

Berdasarkan dapatan statistik pada 2020, keluasan rumah penduduk Tibet mencatat 41.46 meter persegi bagi seorang penduduk golongan penternak dan nomad, dan 33.4 meter persegi bagi penduduk di bandar dan pekan. Indeks kesejahteraan penduduk banyak ditingkatkan.

徐国玮