EP Dinasihat Henti Sekatan, Bertindak Rasional

2021-05-22 15:25:40  CRI
Share with:

EP Dinasihat Henti Sekatan, Bertindak Rasional_fororder_中欧

Parlimen Eropah (EP) meluluskan satu usul pada petang Khamis yang menuntut China membatalkan sekatan balas terhadap Kesatuan Eropah (EU), sebelum pihaknya meluluskan Perjanjian Pelaburan China-Eropah.

Media berpendapat bahawa ini bermakna EP telah "membekukan" perjanjian yang dicapai melalui rundingan selama tujuh tahun tersebut.

Mengapa China mengambil sekatan balas terahdap EU? Ini disebabkan Eropah mula mengenakan sekatan sepihak terhadap individu dan pertubuhan di China melibatkan isu Xinjiang. Tindakan yang diambil berdasarkan pembohongan itu dianggap mencampur tangan dalam isu dalaman China, serta melanggar undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa. Oleh itu, tindak balas yang diambil China merupakan respons yang wajar untuk memelihara kepentingan negara yang sah.

Oleh yang demikian, EP menggesa China membatalkan sekatan balas terlebih dahulu sama sekali tidak masuk akal.

China pernah banayk kali menegaskan bahawa perjanjian pelaburan China-Eropah merupakan perjanjian yang adil dan saling menguntungkan, bukanlah untung sepihak sahaja.

Siapa yang akan berasa lebih risau dan cemas sekiranya perjanjian tersebut tidak diluluskan? Sudah pastilah syarikat-syarikat dari Eropah.  

Dalam tempoh lebih 20 tahun lalu, syarikat Eropah telah melabur 146 bilion euro (RM735 bilion) di China, di samping memperoleh keuntungan besar.

Menghalang syarikat Eropah berurus niaga di China, umpama memberikan keuntungan kepada orang lain, sekali gus memberi kesan negatif kepada pemulihan ekonomi global. 

China bersikap terbuka dan ikhlas untuk menggalakkan kerjasama dengan Eropah dan mewujudkan situasi menang-menang. EP dinasihat menghentikan sekatan tidak masuk akal itu dan membuat keputusan yang rasional demi manfaat bersama kedua-dua pihak.

胡星