Gempa Bumi Berukuran 5.2 pada Skala Richter Melanda Filipina

2021-05-22 14:22:11  CRI
Share with:

Menurut maklumat Pusat Kajian Gunung Berapi dan Gempa Bumi Filipina, gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter melanda kawasan perairan 67 kilometer dari tenggara bandar Don Marcelino, pulau Mindanao, selatan negara itu pada pukul 7.56 pagi tadi. Pusat gegeran dianggarkan pada kedalaman 47 kilometer di 6.00 darjah garis lintang utara dan 126.27 darjah garis bujur timur.

Menurut pihak berkuasa tempatan, gempa bumi itu tidak akan mengakibatkan kerugian, namun terdapat gegaran susulan.

覃淼