Lindungi Biodiversiti Seperti Jaga Mata Sendiri

2021-05-23 15:01:40  CRI
Share with:

Sempena Hari Biodiversiti Antarabangsa yang jatuh pada 22 Mei, delegasi tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan sekretariat Konvensyen Biodiversiti telah mengadakan simposium dalam talian yang bertemakan "jalan menuju ke Kunming, bersama-sama membina komuniti hidupan bumi" pada Jumaat.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres ketika menyampaikan ucapan berkata, persidangan pihak-pihak pemeterai ke-15 Konvensyen Biodiversiti yang bakal diadakan di Kunming, China pada akhir tahun ini merupakan satu persidangan yang penting. Kerajaan pelbagai negara akan berkumpul di bandar itu bagi menetapkan rangka biodiversiti sejagat yang berambisi demi melindungi alam sekitar, memulihkan sistem ekologi dan membina semula hubungan antara insan dengan bumi.

Wakil tetap China ke PBB, Zhang Jun berkata, kita perlu menghormati alam dan hukumnya, melindungi dan mendorong pembinaan tamadun ekologi sejagat. Manusia perlu melindungi ekologi alam sekitar seperti menjaga mata sendiri dan bertindak memperkasakan hidup harmoni dengan alam.

Menurutnya, kita perlu komited mendorong pembangunan mampan supaya dapat pulih dengan lebih cepat dan baik.

徐国玮