China, Pendorong Kerjasama Antarabangsa Lawan Wabak

2021-05-23 14:39:53  CRI
Share with:

China, Pendorong Kerjasama Antarabangsa Lawan Wabak_fororder_366637005

Presidenn China, Xi Jinping menyampaikan ucapan penting dalam Sidang Kemuncak Kesihatan Global menerusi video pada malam Jumaat. Kenyataan beliau telah menjelaskan hala tuju kerjasama antarabangsa dalam melawan wabak.

Xi dalam ucapannya telah menegaskan prinsip "rakyat dan nyawa diutamakan", menyeru masyarakat antarabangsa mengambil pendekatan saintifik, menggembleng tenaga, menjunjung keadilan dan saksama, di samping mengetepikan "nasionalisme vaksin", dan menyempurnakan sistem tadbir urus.

Inilah pengalaman China yang daripada perjuangan membendung penularan wabak COVID-19 dan juga fikiran teliti demi memperbaki sistem tadbir urus kesihatan global.

Kebanyakan cadangan China telah dimasukkan dalam perisytiharan sidang kemuncak tersebut, yang turut mencerminkan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap pengalaman dan kebijaksanaan negara ini.

Dalam pada itu, Presiden Xi turut mengumumkan China akan memperuntukkan USD3 bilion untuk menyokong negara-negara membangun mengatasi wabak dan memulihkan sosioekonomi dalam tempoh tiga tahun akan datang. China akan sedaya upaya membekalkan lebih banyak vaksin kepada negara lain selain menyokong syarikat domestik memindahkan teknologi kepada negara membangun.

Sementara itu, China menyokong pengecualian harta intelek vaksin COVID-19 dan mencadangkan penubuhan satu mekanisme kerjasama vaksin antarabangsa agar negara penyelidik dan pengeluar, syarikat, serta pihak berkepentingan dapat membincangkan kaedah pengagihan vaksin secara adil.

Kesemua tindakan ini diyakini akan membantu memulihkan kemampuan dan kepercayaan negara-negara membangun menangani wabak ini.

覃淼