Pegawai Israel Sesal Serang Kubu Hamas

2021-05-24 14:11:08  CRI
Share with:

Beberapa pegawai kanan Israel baru-baru ini melahirkan rasa sesal kerana mengebom tapak milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Gaza.

Bangunan berkenaan dikatakan tempat persembunyian agensi perisikan Hamas, selain ditempatkan pejabat beberapa media antarabangsa berprestij.

Mereka beranggapan, manfaat daripada operasi memusnahkan peralatan elektronik Hamas adalah jauh lebih kecil berbanding impaknya yang menjatuhkan imej Israel di mata dunia.

周乔西