22 Mei lalu menjadi hari yang tragik dan menyedihkan bagi segenap lapisan masyarakat di China.
Kalau anda nak tahu, selain pemergian ‘bapa padi kacukan’ Yuan Longping (Satria ada kongsi mengenai jasa beliau pada Sabtu lalu), hari yang sama juga terdapat tiga pakar paling senior dalam bidang penyelidikan berbeza turut meninggal dunia.
Hari ini, Satria nak kongsi mengenai pengasas pembedahan hepatobilliari Wu Mengchao, 99 yang meninggal dunia selang 5 minit sebelum pemergian Yuan Longping.
Wu Mengchao sebenarnya mempunyai hubungan erat dengan Malaysia.
Dilahirkan pada tahun 1922, beliau mengikuti ibu pergi ke Malaysia untuk berkumpul dengan bapa yang bekerja di kebun getah di sana sewaktu beliau berumur 5 tahun sahaja.
Ketika berumur 9 tahun, beliau berpeluang bersekolah di Kwang Hwa sambil membantu ibu bapa menoreh getah.
Setelah perang melawan pencerobohan Jepun tercetus, perjuangan gagah berani tentera yang dipimpin oleh Parti Komunis China tersebar di Asia Tenggara.
Wu Mengchao dan kawan-kawannya amat terharu atas perjuangan mereka dan menyumbang semua dana untuk jamuan lulusan Sekolah Tinggi Cina kepada tentera tersebut.
Mereka turut menerima surat ucapan terima kasih dari mendiang Pengerusi Mao Zedong dan Panglima Zhu De.
Hingga 1940, Wu Mengchao bersama-sama lima belia yang lain memutuskan kembali ke China dan pergi ke Yan’an untuk menyertai tentera dipimpin Parti Komunis China.
Bagaimanapun setelah tiba di Kunming, Provinsi Yunnan, situasi ketika itu menghalang lawatanya berterusan ke Yanan.
Justeru, beliau memilih belajar di Kolej Perubatan Universiti Tongji untuk menyelamatkan rakyat dengan ilmu pengetahuan.
Hingga tahun 1949, Republik Rakyat China ditubuhkan, Wu Mengchao pula lulus dari Universiti Tongji, namun keazaman beliau untuk membangunan negara ini sedikit pun tidak luntur.
Beliau sebanyak 19 kali menyerahkan surat memohon menganggotai Parti Komunis China dan akhirnya diterima dan juga menganggotai Tentera Pembebasan Rakyat China pada tahun 1956.
Sejak itu hingga bersara pada tahun lalu, beliau mengadakan lebih 16,000 pembedahan, menyelamatkan nyawa lebih 20,000 pesakit.
Sebagai doktor dari sistem tentera, beliau pernah membawa pasukan pergi ke kawasan terpencil dan mengadakan pembedahan untuk penduduk tempatan secara percuma pada umur 95 tahun.
Meskipun berumur 97 tahun, beliau tetap mengadakan pembedahan untuk pesakit setiap minggu.
Faktor waktu berdiri yang panjang dan perlu memegang pisau pembedahan mengekorkan jari tangan dan kakinya kecacatan.
Menyelamat pesakit dengan teknik yang terbaik, kaedah yang termudah dan ubat yang paling murah, inilah standard yang ditetapkan oleh Wu Mengchao.
Kerjaya cemerlangnya turut diingati masyarakat dan namanya turut diukirkan pada Asteroid No. 17606 sebagai “Bintang Wu Mengchao”.
Setelah pemergian Wu Mengchao, ramai orang datang membawa bunga untuk menziarahi beliau, antaranya termasuk doktor dan perawat yang menghormati keprofesionalan beliau, dan turut hadir pesakit yang diselamatkan oleh beliau termasuk orang biasa yang terharu oleh semangat Wu Mengchao.
Sayangi Tanah Air dan rakyat, menyumbangkan seriwayat kepada keazaman awal dan membuat terbaik dalam kerja harian.
Mungkin dari luaran ini nampak seperti hal yang baisa, tapi ia akan membuahkan hasil yang luar biasa dan akan teringat oleh semua.