COVID-19: Kluster Baharu Dikesan di Kilang Thailand

2021-05-25 13:36:30  CRI
Share with:

Thailand mengenal pasti satu kluster baharu jangkitan COVID-19 di sebuah kilang pengeluar produk elektronik di Phetchaburi membabitkan 2,111 pekerja didapati positif koronavirus.

Media tempatan pada Isnin melaporkan, seramai 781 orang pekerja tempatan dan 1,330 pekerja asing disahkan positif COVID-19 menerusi saringan menyasar 5,000 pekerja berkenaan.

Difahamkan, mereka yang dijangkiti ditempatkan di kabin khas di dalam kilang dan hospital tempatan untuk diberi rawatan, manakala yang negatif dikerah ke lokasi untuk dikuarantin.

董筱娉