Abbas Gesa Wujud Gencatan Senjata Lebih Luas

2021-05-26 11:24:29  CRI
Share with:

Pembangunan semula Gaza yang musnah susulan serangan tentera Israel perlu dijelaskan dalam perjanjian gencatan senjata.

Demikian dinyatakan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi di Ramallah, bandar Tebing Barat Sungai Jordan pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa sepanjang tempoh gencatan senjata itu, Israel mesti menghentikan serangan dan pencerobohan terhadap kawasan Tebing Barat Sungai Jordan dan Baitulmuqaddis Timur.

张哲