Lapan Maut Kes Tembakan di San Jose

2021-05-27 11:17:28  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya lapan maut dan seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan di San Jose, negeri California, AS semalam.

Insiden itu berlaku pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan apabila suspek melepaskan tembakan ke arah satu kemudahan rel ringan yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Valley (VTA).

Suspek dilaporkan membunuh diri sejurus polis tiba di lokasi kejadian.

Menurut polis, suspek dan beberapa mangsa merupakan pekerja VTA di daerah Santa Clara.

Perkhidmatan rel ringan digantung pada tengah hari akibat kejadian tersebut.

覃淼