Niat di Sebalik Bangkit Siasatan Punca Virus

2021-05-28 15:44:52  CRI
Share with:

Presiden AS, Joe Biden mengarahkan badan perisikan menjalankan siasatan mengenai asal usul virus COVID-19, termasuk mengenal pasti ia berpunca daripada sumber haiwan atau makmal.

Beliau pada masa sama mendakwa, AS akan terus bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk mendesak China menyertai siasatan antarabangsa dalam hal itu.

Tindakan AS itu ternyata mendedahkan niatnya yang mahu mempolitikkan isu COVID-19.

Gara-gara membuat jangkaan salah terhadap penularan wabak di dalam negeri selepas program pemvaksinan  dijalankan, sesetengah pihak di AS yang takut dipersalahkan ingin mencari “kambing hitam”.

Dengan mengheboh-hebohkan persepsi bahawa China merupakan “pesaing terbesar”, baik Parti Demokrat mahupun Republikan kini melihat penunjukan sikap keras terhadap China sebagai cara baik untuk mengaut lebih banyak undi.

Pencarian punca virus merupakan misi global yang memerlukan usaha sama semua.

Selaku negara yang paling teruk dilanda pandemik, AS sepatutnya memberi kerjasama bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan di negara itu.

Ia termasuk mengenai bilakah muncul pesakit pertama, dan “penyakit rokok elektronik” yang mempunyai simptom serupa dengan jangkitan COVID-19 susulan makmal biologi Fort Detrick ditutup.

张哲