Ternyata Niat AS Kacau Masyarakat Hong Kong

2021-05-29 16:02:12  CRI
Share with:

Rang Undang-undang (Pindaan Komprehensif) Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya 2021 telah diluluskan Majlis Perundangan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong pada Khamis.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken bagaimanapun mendakwa ia “mengekang warga Hong Kong menyertai pentadbiran sendiri dan menyuarakan pendapat mereka secara bebas”.

Tuduhan tersebut bagaikan klise diulangi perakam suara.

Tidak hairanlah politikus AS melemparkan tohmahan seumpama. Setiap kali sistem politik demokratik Hong Kong melangkah ke hadapan, mereka akan tampil menyebarkan dusta.

Dusta tidak dapat menutup kebenaran, biar diulang seribu kali.

Walaupun AS sering menyebut-nyebut "demokrasi", "kebebasan" dan "hak asasi manusia", ia tidak dapat menyembunyikan niat jahatnya untuk mengacau-bilaukan masyarkat Hong Kong dan menyekat pembangunan China serta mencampuri urusan dalaman.

Kelulusan rang undang-undang itu akan menyempurnakan sistem elektoral Hong Kong, dan memastikan wilayah itu ditadbir oleh patriot.

Ia sekali gus memberi jaminan undang-undang kukuh untuk memastikan sistem politik demokratik terus maju di landasan yang sihat dan teratur.

周乔西