Dunia Takkan Ditipu Taktik Jepun

2021-05-29 16:00:43  CRI
Share with:

Mutakhir ini, Kedutaan Besar Jepun di China menyebut air tercemar loji janakuasa nuklear Fukushima yang akan dilepaskan ke laut sebagai “air terawat ALPS”, malah mendakwa keputusan berkenaan selaras dengan kelaziman antarabangsa.

Berdepan dengan kecaman pedas masyarakat antarabangsa, kerajaan Jepun tetap berdegil mengelirukan khalayak bagi mengelakkan tanggungjawab.

Dunia takkan ditipu oleh “nama baharu” yang diberikan Jepun kepada air tercemar loji janakuasa nuklearnya. Sepertimana yang dijelaskan pakar, air kumbahan itu mengandungi banyak bahan radioaktif kerana pernah terdedah kepada bahan bakar nuklear yang dileburkan teras reaktor.

Namun, sesetengah politikus Jepun kerap kali mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dalam hal ini, malah menyebut air sisa yang tercemar itu cukup selamat, sampai boleh diminum terus.

Kalau betul-betul selamat, mengapa Jepun tidak mahu terus menyimpan air tersebut atau membiarkannya tersejat sahaja?

Ternyatalah, Jepun memilih terus melepaskan air tercemar itu ke laut kerana tidak ingin menanggung kos rawatannya. Tindakan tersebut sesungguhnya jenayah berat ke atas laut, bumi dan seluruh umat manusia. 

张哲