Singapura, Malaysia Pastikan Aliran Barangan Diteruskan

2021-05-30 14:22:09  CRI
Share with:

Singapura dan Malaysia akan terus bekerjasama rapat bagi memastikan penghantaran barangan dan bekalan melibatkan kedua-dua negara diteruskan sepanjang  tempoh sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun.

Demikian kata Menteri Perdagangan dan Perindustrian (MTI) Singapura, Gan Kim Yong menerusi catatan di media sosial pada Sabtu.

Selain itu katanya, Singapura juga bersiap sedia untuk menambah stok makanan dan barang keperluan harian jika perlu.

Difahamkan, Malaysia akan melaksanakan fasa pertama sekatan pergerakan penuh untuk membendung penularan COVID-19.

梁靓