AS Yang Maling Berteriak Maling

2021-06-02 15:39:05  CRI
Share with:

Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-74 melabuh tirainya semalam. Dalam tempoh perhimpunan itu, segelintir politikus Amerika Syarikat(AS) sekali lagi menggembar-gemburkan isu punca COVID-19, dan menuntut China bekerjasama dengan kumpulan penyiasat antarabangsa.Niat sebenarnya adalah untuk mencemarkan lagi nama China.

Sejak tercetusnya wabak COVID-19 pada lebih setahun lalu hingga sekarang, AS berturut-turut ditimpa kegagalan dalam pencegahan dan kawalan wabak, malah muncul sejumlah soalan yang membimbangkan masyarakat antarabangsa. Makmal Fort Detrick ditututp tiba-tiba pada bulan Julai 2019. Tidak lama kemudian, 'penyakit akibat rokok elektrik' yang mempunyai simptom amat mirip dengan COVID-19 dilaporkan tercetus di sebuah komuniti yang mempunyai perjalanan satu jam dengan memandu kereta dari makmal itu. Serentak itu, antara lebih 200 buah makmal biologi AS yang beroperasi di pelbagai tempat di dunia, terdapat sebahagian beserta tempat di sekitarnya pernah dilanda penyakit berjangkit yang berbahaya. Namun AS tidak pernah menjelaskan fungsi, sasaran dan tahap keselamatan makmal berkenaan.Selain itu, bila pesakit COVID-19 yang pertama dikesan di AS masih dijadikan satu misteri.

Menghadapi masalah-masalah tersebut, AS bukan sahaja tidak menerima siasatan antarabangsa terhadap makmal mereka mengenai punca COVID-19, sebaliknya menggesa China yang sudah pun bekerjasama dengan WHO dalam menjalankan penyelidikan itu, berbuat demikian. Jelaslah niatnya yang mahu memindahkan fokus domestik terhadap kegagalan kerajaan dalam melawan wabak COVID-19 dan mengekang China melalui pencemaran terhadap nama negara ini.

Segelintir politikus AS digesa menghentikan “permainan menuding jari” dengan secepat mungkin, dan berhenti juga 'yang maling berteriak maling'. Bolehkah negara Uncle Sam mengundang pakar WHO untuk menjalankan penyelidikan mengesan punca COVID-19 dalam negerinya?  jika mahu buat sedikit saja untuk perjuangan sejagat dalam melawan wabak.

曹捷