Tercapai Kata Sepakat Tentang Pulihkan Perjanjian Nuklear Iran

2021-06-02 12:44:52  CRI
Share with:

Kemajuan terkini rundingan Vienna melibatkan Perjanjian Nuklear Iran telah dimaklumkan oleh jurucakap kerajaan Iran, Ali Rabiei dalam sidang akhbar semalam.

Menurut beliau, pelbagai pihak tidak menghadapi halangan besar dalam rundingan tersebut, namun perselisihan masih wujud. Pelbagai pihak telah mencapai kata sepakat tentang bagaimana AS dan Iran menjalankan langkah berkenaan, dan perselisihan yang masih wujud itu akan dilaporkan kepada pihak atasan pelbagai negara untuk dibincangkan lagi.

Ali Rabiei berkata, pilihan raya Presiden Iran bakal diadakan pada 18 Jun. Walau begitu, rundingan Vienna tidak akan dipengaruh oleh hasil pilihan raya, sebaliknya akan terus berlangsung secara bebas dan sah sehingga membuahkan hasil yang positif. Selain itu, beliau menekankan bahawa Iran berharap sekatan dapat dibatalkan secepat mungkin, namun ini bukan bermakna pihaknya akan melepaskan sebahagian kepentingan negara.

张宪