AS, Kaki Intip, Bolehkah Dipercayai?

2021-06-02 14:57:04  CRI
Share with:

Baru-baru ini, Danmarks Radio menyiarkan satu laporan khas yang mendedahkan bahawa Agensi Keselamatan Nasional (NSA) Amerika Syarikat (AS) memperoleh maklumat asal melalui internet yang diakses oleh agensi perisikan Denmark untuk memantau beberapa pemimpin negara Eropah termasuk Canselor Jerman, Angela Merkel.

Apabila topeng AS yang dipakainya untuk memainkan peranan “penjaga keselamatan siber” dikoyakkan, terdedahlah wajah yang sebenarnya, iaitu “penggodam siber paling besar di dunia”.

Pengintipan AS terhadap para pemimpin negara Eropah bukan baru berlaku. Seawal tahun 2013, Edward Snowden, bekas pekerja upahan  kontraktor urusan pertahanan AS, mendedahkan melalui media bahawa kerajaan AS menjalankan intipan terhadap panggilan telefon dalam dan luar negara dan komunikasi internet, antaranya telefon bimbit Merkel diintip selama lebih sepuluh tahun. Kes pengintipan yang baru berlaku itu membuktikan bahawa AS sebagai kaki intip tidak pernah berhenti menjalankan perisikan di Eropah. 

Penganalisis hubungan antarabangsa dari Britain, Tom Fowdy pernah menyatakan bahawa ancaman sebenar bagi Eropah datang dari Washington. Pada beberapa hari ini, beberapa negara termasuk Jerman, Perancis, Norway dan Sweden masing-masing menuntut AS memberikan penjelasan terhadap perbuatannya. Tetapi setakat ini, rakan sekutu mereka itu masih membisu sahaja.

Orang Eropah sepatutnya menyedari bahawa bagi para politikus AS yang memegang hegemonisme, “AS Diutamakan” barulah satu-satunya prinsip dalam hubungan luarnya. Apa yang disebut 'rakan sekutu' dan 'kredibiliti antarabangsa' hanya slogan saja, dan boleh digunakan sebagai alat yang tertentu. AS berharap menggunakan Eropah untuk membina barisan bersatu demi memperkukuh hegemoni AS, manakala Eropah berharap meningkatkan kebebasan strategik secara berterusan. Pertentangan ini menentukan AS mustahil mempercayai Eropah, dan pastilah melakukan pengintipan dan pemantauan untuk jangka masa yang panjang .

10 hari lagi, Presiden AS, Joseph Biden akan menjalankan lawatan ke Eropah, iaitu lawatan pertama ke luar negara sejak beliau menyandang jawatan sebagai Presiden. Tak kira betapa cantiknya ucapan sesetengah orang AS, tiada orang lagi percaya kaki intip ini di arena antarabangsa. Eropah juga dinasihati bangun saja dari ilusinya mahu 'berhubungan sahabat dengan AS'. 

曹捷