Politikkan Penyelidikan Punca COVID-19 Sama Dengan Injak Sains dan Abai Nyawa

2021-06-03 15:10:47  CRI
Share with:

Baru-baru ini, segelintir politikus Amerika Syarikat (AS) sekali lagi cuba mengambinghitamkan China melalui penyelidikan terhadap punca COVID-19, bahkan mengarah agensi perisikan negaranya menerajui penyiasatan berkenaan.  Tindakan yang keji itu telah mengundang banyak tuduhan daripada masyarakat antarabangsa. 

Sesiapa yang mempunyai sedikit pengetahuan umum pun tahu masalah mengenai asal usul virus hanya boleh bergantung kepada ahli sains, dan bukan agensi perisikan AS yang buruk namanya dalam kegiatan memalsu. Perbuatan AS justru menginjak sains dan mengabaikan nyawa umat manusia. 

Hakikatnya, sejak tercetusnya wabak COVID-19 pada lebih setahun lalu hingga sekarang, politikus AS sentiasa mengutamakan kepentingan sendiri dengan mengambil langkah yang membelakangi sains sehingga rakyat negaranya terjerumus dalam kancah kesengsaraan. Namun, kepergian hampir 600 ribu orang AS tidak dapat menghidupkan moral dan hati nurani politikus. Mereka bukan sahaja tidak mengambil ajaran daripada kegagalan, sebaliknya sekali lagi memilih mempolitikkan isu mengesan punca COVID-19 dan tetap bertindak anti-sains dengan degil. Tak syaklah, ini pasti akan membawa risiko yang lebih besar kepada keselamatann nyawa rakyat seluruh dunia. 

Demi memastikan usaha mengesan asal usul koronavirus baharu dijalankan secara saintifik dan berwibawa, tindakan yang perlu diambil masyarakat antarabangsa adalah menyokong kerja itu diterajui Pertubuhan Kesihatan Sedunia di samping memudahkan penyelidikan para sains supaya mereka yang berpengetahuan profesional dapat menjalankan kerja tanpa sebarang gangguan. Serentak itu, oleh sebab kes COVID-19 pernah dikesan di sejumlah tempat di dunia pada masa lebih awal, penyelidikan mengesan punca virus harus dijalankan di semua tempat dan semua negara yang terbabit berdasarkan prinsip sama rata. 

曹捷