Keselamatan dan Keberkesanan Vaksin China Terjamin

2021-06-03 10:24:20  CRI
Share with:

Keselamatan dan Keberkesanan Vaksin China Terjamin_fororder_431484671

Berita baik untuk kita semua apabila WHO meluluskan penggunaan cemas vaksin Sinovac dan Malaysia pula dijadual akan mendapat lagi 8.2 juta dos vaksin tersebut pada bulan ini.

Antaranya 3.8 juta dos dibotolkan oleh Pharmniaga dan 4.4 juta dos lagi diimport secara terus.

Setakat ini dua jenis vaksin China telah diluluskan penggunaannya oleh WHO, iaitu vaksin Sinopharm dan Sinovac.

Penolong Ketua Pengarah WHO untuk Akses Ubat dan Produk Kesihatan, Mariangela Simao menyatakan bahawa dunia memerlukan lebih banyak jenis vaksin bagi mengubah suasana ketidakadilan dalam pembahagian vaksin COVID-19 ketika ini.

Dalam perkembangan lain, vaksin kumpulan pertama yang disediakan oleh Sinopharm kepada COVAX juga siap sepenuhnya pada semalam.

Botol vaksin tersebut menggunakan penanda VVM yang mempu berubah warnanya mengikut suhu, dan lebih mudah untuk dipantau.

Penting untuk kita tahu bahawa vaksin China disahkan selamat bukan hanya kerana atas ‘tiket’ WHO, tapi ia juga telah dibuktikan dengan penggunaan besar-besaran di dalam dan luar negara.

Berdasarkan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) China, setakat 30 April lalu, kes negatif yang dilaporkan setelah penggunaan vaksin hanya 31,434, iaitu kira-kira 11 kes negatif antara setiap 100 ribu dos.

Daripada kesemua jumlah tersebut, kesan negatif yang sembuh sendiri dalam dua tiga hari menduduki kira-kira 83%.

Yang lebih penting, terdapat hanya 188 kes kesan negatif yang teruk dilaporkan.

Kadar ini lebih rendah berbanding vaksin flu yang sejak sekian lama diadakan secara besar-besaran di seluruh dunia.

Penggunaan vaksin di China telah mencatat lebih 600 juta dos, dan kebanyakannya adalah vaksin Sinopharm dan Sinovac.

Pada masa yang sama, lebih 300 juta dos vaksin China telah disediakan kepada dunia yang majoritinya negara-negara membangun sebagai produk awam, memberi sumbangan besar menggalakkan pembahagian vaksin lebih adil di dunia,

Selain keselamatan yang terjamin, keberkesanan vaksin China pula diiktiraf oleh seluruh dunia.

The Journal of the American Medical Association (JAMA) minggu lalu menerbitkan keputusan percubaan fasa ketiga dua jenis vaksin Sinopharm yang memperlihatkan 99% individu dikesan mempunyai antibodi pada hari ke-14 setelah menamatkan dua dos.

Institut pengajian pelbagai negara yang telah menggunakan vaksin Sinovac pula turut mengumumkan data yang amat memberangsangkan.

Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin mengumumkan pada bulan Mei bahawa berdasarkan kajian terhadap 25,374 orang doktor di Jakarta, kadar perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 mencatat 94% pada hari ke-28 selepas menamatkan dua dos vaksin Sinovac, manakala kadar perlindungan terhadap kes kematian mencatat 100%!

Kerajaan tempatan Sao Paulo Brazil kelmarin mengadakan sidang akhabr di Inisitut Butantan mengumumkan bahawa setelah penggunaan vaksin Sinovac secara menyeluruh diadakan di bandar Serrana negeri itu di bawah “Projek S” yang dimulakan pada bulan Februari lalu, kes baharu tempatan menurun 80%, dan kes kematian menurun 95%.

Khususnya kebanayakn penularan di bandar Serrana ekoran mutasi P.1, ini bermakna vaksin Sinovac berkesan bagi mutasi Brazil.

Manakala dalam wabak skala kecil yang tercetus di Provinsi Guangdong ekoran mutasi B.1.617 dari India baru-baru ini, vaksin China pula dibuktikan mampu menyediakan perlindungan meskipun tidak secara menyeluruh.

张弘