Segelintir Orang AS Terus Cambuk Masyarakat Antarabangsa dengan Sebar "Virus Politik"

2021-06-05 16:32:29  CRI
Share with:

Segelintir orang dari Amerika Syarikat (AS) yang buruk reputasinya dalam membendung COVID-19, enggan mengkaji diri, sebaliknya memilih mengambinghitamkan China melalui isu mengesan asal usul wabak, yang dilihat sama dengan menyebar "virus politik" di seluruh dunia. Perbuatan seumpama ini sekali lagi mencerminkan "hegemoni AS".

Mereka mungkin lupa bahawa suasana melawan wabak dalam negeri AS begitu buruk justru disebabkan kerajaan penggal lalu yang asyik menggembar-gemburkan apa yang disebut 'konspirasi' tentang punca COVID-19 , sehingga lebih 600 ribu nyawa diragut oleh koronavirus baharu.

Selanjutnya, mereka bertindak memburukkan suasana kerjasama global dalam menangkis COVID-19 melalui pencemaran terhadap nama China.

AS mengambil sikap bersipekak terhadap negara membangun yang meminta bantuan, tetapi mengambil sikap agresif dalam menuding dan mengambinghitamkan China yang sudah pun menghulur bantuan. Tindakan yang sama sekali tidak beretika ini menunjukkan keengganan penuh untuk memikul apa-apa pun tanggungjawab antarabansa.

Selain itu, AS mengaitkan virus dengan China melalui isu mengesan asal usul COVID-19, sehingga menyemarakkan sentimen pertentangan perkauman. Kebelakangan ini, insiden diskriminasi dan keganasan yang menyasarkan keturunan Asia berturut-turut berlaku di AS, Britain dan Australia. Perbuatan AS yang menyebarkan maklumat palsu tersebut terbukti boleh memicu penanaman benih rasisme.

AS yang tidak berani mengundang staf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke negaranya untuk menyiasat punca wabak, terus melabelkan "pengganggu siasatan" kepada China yang sebenarnya sudi menerima penyiasatan WHO. Jelaslah, "multilateralisme" yang ditekankan segelintir politikus AS hanya cakap kosong sahaja, dan sama sekali tidak dapat menyembunyikan hakikat "hegemoni gaya AS" yang sedang menampar norma asas antarabangsa dan peraturan multilateralisme.

高蕾