Perdagangan Luar China Rancak, Pendorong Pemulihan Ekonomi Sejagat

2021-06-08 14:38:43  CRI
Share with:

Menurut statistik terkini Jabatan Am Kastam China pada Isnin, jumlah import dan eksport China pada lima bulan pertama tahun ini meningkat 28.2 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Antaranya, jumlah ekport meningkat 30.1 peratus manakala jumlah import meningkat 25.9 peratus.

Ditinjau dari data bulanan, sehingga Mei lalu, jumlah import dan eksport China telah mencatat peningkatan selama 12 bulan berturut-turut.

Pemulihan perdagangan luar China yang kuat dan rancak itu telah memberikan sokongan dan keyakinan bagi pemulihan ekonomi sejagat. Ini berpunca daripada kawalan wabak yang berkean, pemulihan kegiatan pengeluaran yang lebih awal serta usaha bersama-sama pihak berkuasa dan firma berkenaan.

Sementara itu, kemantapan pemulihan perdagangan luar di China juga berkaitan dengan vaksinasi yang dipergiat di pelbagai negara dan permintaan antarabangsa yang kian pulih.

Kemampuan bekalan China yang kuat ini sekali lagi membuktikan bahawa pasaran China mampu membekalkan kelengkapan perubatan dan bahan pelindung dalam kuantiti besar bagi melawan wabak di seluruh dunia. Di samping itu, pasaran China dapat menawarkan produk industri yang nilai tambahnya tinggi bagi mendorong pemulihan ekonomi dunia.

Ternyata, kedudukan China yang penting dalam rantai industri dan bekalan global sukar untuk digantikan oleh mana-mana pihak lain. Pasaran raksasa China telah menjadi sumber keuntungan yang penting bagi firma antarabangsa.

Walau bagaimanapun, situasi wabak di dunia masih serius dan ini tetap memberi ancaman kepada prospek perdagangan antarabangsa. Selain itu, unsur geopolitik pula mengacau perdagangan antarabangsa.

Dalam konteks ini, China akan mengambil langkah pratikal untuk menyokong globalisasi dan multilateralisme, memainkan peranannya dalam rantai industri dan bekalan sejagat demi memantapkan pemulihan ekonomi dunia.

徐国玮