Tindakan Sekat China Pasti akan Jerumuskan Diri

2021-06-10 14:47:04  CRI
Share with:

Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan "Akta Inovasi dan Persaingan 2021" pada Selasa.

Penganalisis mengulas bahawa kelulusan akta yang menggunakan alasan "inovasi dan persaingan" itu sebenarnya adalah untuk menyekat China dari segenap aspek.

Akta yang menggabungkan beberapa akta anti-China tersebut menganggap China sebagai "musuh rekaan", memfitnah jalan pembangunan dan dasar China, mengheboh-hobohkan persaingan menyeluruh dengan China, malah menghasut putus hubungan dan mengadakan pertentangan dengan China.

Akta yang berbaur sentimen perang dingin dan konsep permainan campur tolak itu serba ketinggalan zaman. Ia bukan sahaja memutarbelitkan tafsiran inovasi dan persaingan, tetapi juga bertentangan dengan prinsip persaingan bebas sebagaimana yang sering disebut oleh sesetengah politikus AS. 

Beberapa individu di AS menganggap akta tersebut sebagai "penawar" untuk memelihara hegemoni AS, namun pada zaman globalisasi ini, langkah menyekat China ternyata akan menjejeskan pembangnunan global, hingga menjerumuskan diri sendiri.

Pada hakikatnya, matlamat pembangunan China bukanlah untuk menggantikan AS, tetapi mewujudkan kesejahteraan hidup rakyat. China mengalu-alukan persaingan bebas dan adil, menolak persaingan buruk, dan tidak akan membiarkan mana-mana pihak menjejaskan hak pembangunan sendiri.

胡星