AS Digesa Atasi Masalah Buruh Kanak-Kanak

2021-06-16 13:55:04  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) perlu menyelesaikan masalah buruh kanak-kanak dan kerja paksa yang wujud dalam industri tembakau dan lain-lain bagi memberi jaminan sebenar kepada golongan berkenaan.

Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media di Beijing pada Selasa.

Gejala pekerja bawah umur di AS telah mengundang kritikan meluas dalam Persidangan Buruh Antarabangsa sesi ke-109 yang berlangsung secara maya di Geneva baru-baru ini.

Zhao berkata, AS ialah satu-satunya negara di dunia yang tidak meratifikasikan Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Statistik menunjukkan, masih terdapat kira-kira 500 ribu kanak-kanak terlibat dalam kerja pertanian di AS pada masa ini.

Selain itu, dilaporkan seramai 100 ribu orang diperdagangkan ke AS untuk melakukan kerja paksa setiap tahun.

周乔西