China Kekal Status Enjin Ekonomi Dunia

2021-06-17 14:43:50  CRI
Share with:

Data terkini yang diumumkan Biro Statistik Negara (NBS) China pada Rabu menunjukkan, ekonomi negara bagi bulan Mei meneruskan momentum pemulihan yang digerakkan sejak awal tahun ini.

Dilihat dari segi rantai bekalan, nilai tambah bagi industri-industri berskala besar naik 8.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala nilai tambah pengilangan teknologi tinggi menokok 17.5 peratus.

Pertumbuhan pesat itu diyakini mampu menjanjikan prospek lebih cerah bagi rejuvenasi sektor pengilangan malah ekonomi negara.

Merujuk kepada penunjuk utama lain, nilai keseluruhan jualan runcit barang pengguna pada bulan lalu direkod bertambah 12.4 peratus hingga melebihi 3.59 trilion yuan (RM2.31 trilion).

Bidang penggunaan yang kembali rancak komponen penting bagi rejuvenasi ekonomi domestik, susulan purata peratusan sumbangannya kekal pada tahap 60 peratus kepada pertumbuhan ekonomi China.

Selain itu, kadar pengangguran di China berada di paras 5 peratus dengan mencatat penurunan 0.9 mata peratusan (ppts) berbanding tempoh sama tahun lalu.

Hasil itu bukan yang mudah dicapai lebih-lebih lagi dunia masih dibadai pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi terbantut.

Kemajuan buat masa ini dijangka akan terus menyumbang kepada pemulihan ekonomi China, sekali gus mengekalkan status negera itu sebagai enjin ekonomi dunia.

董筱娉