Buka Pintu Secara Sistematik Melalui Hainan

2021-06-22 14:40:38  CRI
Share with:

Dalam sebuah sidang media di Beijing semalam, beberapa pegawai China telah membuat penjelasan yang teliti tentang Undang-undang Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan yang dikeluarkan baru-baru ini. Isyarat yang jelas yang ditunjukkan daripada hal ini adalah China sama sekali tidak berganjak dari usaha meningkatkan tahap keterbukaan dan mendorong globalisasi ekonomi.

Pembinaan pelabuhan perdagangan bebas di Hainan merupakan langkah yang penting yang digaris, diaturkan dan didorong oleh pemimpin tertinggi China untuk terus memicu pembaharuan dan melaksanakan dasar pintu terbuka. Walaupun berhadapan tamparan wabak COVID-19 dan kebangkitan semula anti-globalisasi, China tetap mendorong pembinaan projek itu dengan langkah yang dijadualkan.

Penggubalan undang-undang tersebut adalah langkah yang penting untuk mengemas kini dasar berkenaan dengan bentuk undang-undang, yang menggambarkan perundangan sebagai sektor pendahuluan dalam pembinaan pelabuhan perdagangan bebas.

Memudahkan perdagangan bebas dan pelaburan bebas dalam pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, merupakan panduan utama yang terkandung dalam undang-undang tersebut. Selain itu, sistem percukaian yang berpandukan “ringkas, tarif sifar dan kadar rendah” juga terkandung dalam undang-undang yang sama.

'Suasana perniagaan yang paling baik adalah penguatkuasaan undang-undang yang pantas'. Denga adanya Undang-undang Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, persekitaran perniagaan yang lebih menarik akan disediakan sedangkan keazaman dan keyakinan syarikat asing untuk meneroka pasarannya di Hainan untuk jangka masa yang panjang akan bertambah kukuh.

曹捷