Jepun Degil Lepaskan Air Kumbahan Nuklear Tanpa Kuasai Teknologi Penapisan

2021-06-23 15:25:12  CRI
Share with:

Jepun Degil Lepaskan Air Kumbahan Nuklear Tanpa Kuasai Teknologi Penapisan

Sejak memutuskan untuk melancarkan rancangan pelepasan air kumbahan dari loji tenaga nuklear Fukushima ke laut, kerajaan Jepun sentiasa mewar-warkan kaedah yang diambil mereka adalah selamat. Namun, terdedahlah senario muslihatnya dalam laporan berkenaan daripada media Jepun pada Ahad lalu.

Laporan daripada NHK itu mengatakan bahawa Syarikat Tenaga Elaktrik Tokyo (TEPCO) yang bertanggungjawab menangani air kumbahan itu sedang menawarkan pembidaan umum tentang teknologi penapisan nuklida "tritium" dalam air kumbahan nuklear. Sebaik saja berita itu dilaporkan, pendapat umum menjadi ribut. Ada netizen menanyakan bahawa masakan kerajaan Jepun berani membuat keputusan untuk membuang air kumbahan dari loji tenaga nuklear Fukushima ke laut sebelum menguasai teknologi penapisan berkenaan!

Pada hakikatnya, sejak memutuskan untuk melancarkan rancangan untuk melepaskan air kumbahan nuklear ke laut pada bulan April lalu, pihak Jepun telah mengundang kritikan yang terus-menerus daripada negara jirannya dan media dunia. Namun Jepun yang degil bertindak dengan hanya mengikut kehendak sendiri,  terus-menerus melayani soalan daripada dunia luar dengan bohong belaka. Bahkan terdapat segelintir politikus Jepun yang bertujuan mengelirukan dunia, berkata dengan  samar-samar bahawa minum air kumbahan yang akan dilepaskan itu pun tidak bermasalah. Namun, setakat ini tiada sesiapa pun antara mereka menampil minum air itu.

Jepun Degil Lepaskan Air Kumbahan Nuklear Tanpa Kuasai Teknologi Penapisan_fororder_微信图片_20210626145724

Sejak sekian lama, baik kerajaan Jepun mahupun syarikat TEPCO sudah menjadi kaki bohong dalam menangani masalah keselamatan loji tenaga nuklear. Kini, syarikat TEPCO yang menawarkan pembidaan teknologi tersebut mungkin hanya “melakon” kepada dunia luar. Mengenai sama ada teknologi dapat dikuasai dan sama ada bahan radioaktif dapat dipisahkan dengan berkesan atau tidak, hanya pihak Jepun sendiri yang ketahui.

Sehingga sekarang, segelintir politikus Jepun masih tidak mahu mengakui kesalahan dan meminta maaf tentang perang pencerobohan yang dicetuskan negaranya yang pernah membawa malapetaka kepada negara-negara lain. Dengan degil melaksanakan rancangan pelepasan air kumbahan yang tercemar nuklear ke laut, Jepun justru mahu menjadikan rakyat sedunia sebagai mangsa kerana kesihatan dan keselamatan jiwa mereka akan terancam, menjadikan alam ekologi dunia terjejas dan mencabar keadilan dan hati nurani umat manusia.

Dengan ini, masyarakat antarabangsa sama sekali tidak boleh membisu dan mengizinkan Jepun bertindak dengan sewenang-wenangnya dalam isu pelepasan air kumbahan logi nuklear Fukushima ke laut.

曹捷