AS Digesa Membalas Tiga Seruan

2021-06-24 15:45:25  CRI
Share with:

Walaupun menghadapi semakin banyak bukti, segelintir politikus anti-China daripada pihak Amerika Syarikat (AS) tetap berbohong dalam isu pengesanan asal usul COVID-19. Baru-baru ini, Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan ketika diwawancara berkata bahawa kalau China tidak menjalankan siasatan selanjut mengenai punca COVID-19, akan menghadapi situasi “pengasingan di arena antarabangsa”. Setiausaha penerangan Rumah Putih, Jen Psaki pula mengancam bahawa AS dan rakan sekutunya akan berusaha bersama-sama untuk memberikan tekanan yang sepatut kepada China.

Dalam isu penyelidikan asal usul COVID-19, politikus AS yang memfitnah dan mengancam China tidak layak dan juga tidak berhak sebagai wakil masyarakat antarabangsa menekankan China. Baru-baru ini, China menyeru agar siasatan yang menyeluruh dijalankan terhadap AS dari tiga aspek, iaitu mengesan punca wabak di AS, mengenal pasti apa sebabnya dan siapa yang patut bertanggungjawab atas kegagalan AS dalam usaha mencegah dan mengawal penularan wabak dalam negerinya, serta menyiasati masalah yang wujud dalam Fort Detrick dan lebih 200 pangkalan dan makmal biologi AS di seberang laut. Ini juga seruan daripada masyarakat antarabangsa.

Seiring dengan semakin banyak penyelidikan dijalankan, COVID-19 didapati tercetus pada masa yang semakin awal. Jika dilihat dari keseluruhan penularan COVID-19, sudah jelaslah terdapat punca yang banyak di tempat yang banyak pada mula-mulanya.Ini merupakan fakta yang diakui umum. Dengan keadaan sedemikian, penyelidikan terhadap asal usul COVID-19 sepatutnya dijalankan dengan kerjasama sejagat di pelbagai tempat di dunia. China sudah mengundang Pertubuhan Kesihatan Sedunia ke China dua kali, sebaliknya AS masih belum membuka pintunya kepada WHO, dan hanya memilih mengancam akan mengasingkan China di dunia. Alangkah tidak masuk akal ini!

Padahal, soalan yang mesti dijawab oleh politikus AS bukanlah hanya yang tersebut. Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab atas kegagalan pencegahan dan kawalan penularan wabak? Ini perlu disiasat AS.

Selain itu, pangkalan Fort Detrick yang pernah menerima data daripada 'pasukan 731' Jepun yang pernah mencerobohi China kenapa ditutup pada penghujung bulan Julai 2019? Apa sebabnya penyakit sistem pernafasan yang tidak diketahui sebabnya dikesan di kawasan utara Virginia pada masa hampir sama? Menyentuh "penyakit e-rokok" yang simptomnya amat mirip dengan COVID-19,merebak di Wisconsin, apakah penjelasan tentang hal itu? Setakat ini,semua soalnya tersebut belum mendapat penjelasan dari AS.

Sampai sekarang, yang berniat menutup fakta dan tidak membuat sebarang penerangan adalah AS, yang mencipta masalah kepada saintis untuk menghalang penyelidikan punca COVID-19 adalah AS, yang menjejaskan kerjasama sejagat untuk melawan wabak dan mengambinghitamkan negara lain juga adalah AS. Negara Uncle Sam digesa semestinya memberikan jawapan kepada tiga seruan China, kalau tidak, negara itu pun akan menghadapi “pengasingan di arena antarabsngsa”.

曹捷