Siasatlah Jenayah terhadap Bumiputera Kanada

2021-06-24 14:07:44  CRI
Share with:

Pada persidangan ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC), China mewakili Rusia, Belarus, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Iran dan Syria menyampaikan ucapan bersama, mendesak Kanada segera menghentikan perbuatan mencabuli hak asasi manusia.

Dimaklumkan, Kanada pernah merampas tanah, membunuh nyawa dan membinasa budaya bumiputera dalam sejarah silamnya. Bukankah sebutan jenayah tersebut selalu meniti di bibir negara Barat? Apabila China difitnah dengan perbohongan “genosid”, barulah kita mendapati bahawa Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan Britain yang maling berteriak maling dalam bidang hak asasi manusia, sebenarnya prototaip penjenayah terbabit.

Terdapat fakta yang amat menakutkan dilaporkan baru-baru ini, iaitu 215 bangkai kanak-kanak Indian didapati dalam satu sekolah berasrama untuk penduduk asli Kanada. Sebelum ini, tiada catatan maklumat berkenaan. Jelaslah, kanak-kanak yang diatur berpisah dengan ibu bapa itu akhirnya maut akibat penganiayaan atau pengabaian. Dosa yang melanggar humaniti sebegitu turut mengundang kemarahan besar dari setiap orang yang berhati nurani. Pada hakikatnya, insiden seumpama itu hanyalah “hujung aisberg”.

Walaupun segelintir politikus yang berlidah cabang membantah bahawa perbuatan ganas terhadap bumiputera sudah berlalu, namun mereka sebenarnya tidak pernah mengaji diri tentang masalah hak asasi munsia termasuk pencabulan hak dan kepentingan penduduk asli dan diskriminasi perkauman, malah membiarkan masalah-masalah terbabit berleluasa.

Kanada yang sejak sekian lama banyak bersalah dan berdosa dalam bidang hak asasi manusia, tidak layak mengkritik negara lain. Perbuatan politikus Kanada yang berniat mengambinghitamkan China justeru mendedahkan komplot politik yang mengelakkan tanggungjawab dan kegagalan mereka dalam mentadbir urus negara sendiri.

高蕾